-
Tarikh
22 November 2018
Masa
9.00 Pagi - 2.00 petang
Lokasi
Pusat Internet Kg Kemus
Peserta
83 orang peserta
Tujuan
Mendekatkan pengguna dan komuniti dengan aktiviti di Pusat Internet Kg Kemus disamping mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan.Selain itu program seperti ini dapat memperkenalkan PI Kg.Kemus sebagai tempat rujukan komuniti sihat.
Aktiviti
Program JOM SIHAT ini menjurus untuk mempromosikan PI KG Kemus sebagai Pusat Rujukan Komuniti SIhat dimana komunti boleh membuat pemeriksaan kesihatan (tekanan darah,bacaan gula dalam darah,berat dan tinggi). Sekiranya komuniti mempunyai masalah kesihatan boleh rujuk dgn klinik atau hospital berdekatan dengan membawa surat yang dicetak dari Pusat Internet sebagai rujukan pemeriksaan kesihatan selanjutnya. Selain itu Program ini juga memberi kesedaran kepada komuniti untuk mengamalkan gaya hidup sihat disamping merapatkan hubungan silaturahim antara petugas PI dengan komuniti setempat melalui aktiviti yang dijalankan.