Tempat - tempat menarik 

 

- A'Famosa Resort Melaka

- Kolam Air Panas Cerana Puteh

- Masjid Dato Dol Said

- Muzium Adat Istiadat

 

A'Famosa Resort Melaka

Dinamakan sempena Kota A'Famosa yang terletak di bandar Hilir Melaka,Ia terletak di jalan Kemus,Simpang Empat Alor Gajah,Melaka iaitu  satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur & 45 minit dari Bandar Melaka.Disitu terdapat Water Theme Park,Safari Wonderland, Golf & Resort  dan tarikan terbaru iaitu  A'Famosa Freeport Oulet yang telah dibuka pada 28 November 2015.Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik disini

        1332906020569                 1383291811212  

        safari                freeport

 

Kolam Air Panas Cerana Puteh

Terletak di Kampung Cerana Puteh,Taboh Naning.Hanya 1 Jam perjalanan dari Kuala Lumpur iaitu keluar dari Tol Plus Simpang Ampat.Kawasan rekreasi tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang akan dinikmati oleh semua pengunjung antaranya Chalet,Kolam air panas berendam,restoran & Tempat persalinan.Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik disini

11896114 788301931297283 2428342176766402365 n   11205019 923305597689605 4596853300376154023 n

 

Masjid Dato' Dol Said

Masjid ini dibina pada tahun 1954 dan siap pada 1955 dengan perbelanjaan dari derma orang ramai. Masjid ini dibina untuk menggantikan masjid asal yang berasaskan (papan) yang dibina pada awal abad ke-20. Tapak asal masjid ini berhampiran dengan makam Allahyarham Dato’ Dol Said iaitu Dato’ Naning ke 9. Tapak masjid sekarang adalah tapak masjid yang diasaskan oleh Allahyarham Datuk Arshad iaitu Datuk Naning ke 15.Beliau bagaimanapun tidak dapat meneruskan pembinaan masjid itu oleh beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Memandangkan kesesuaian dan keperluan sesebuah tempat ibadat,Allahyarham Datuk Mohd Shah,Datuk Naning ke 18 (sebagai pengerusi) bersama-sama AJK-AJK lain mengasaskan pembinaan masjid ini dengan jayanya pada tahun 1954.Kos pembinaan adalah dibiayai sendiri oleh ahli khariah, penyumbang-penyumbang luar khariah, dalam dan luar negara seperti Singapura,Indonesia,Brunei dan Thailand.

4643257031 006e98963a o   DolSaid

"Sumber Masjid Dato' Dol Said dari http://melakaheritagedestination.blogspot.my/

 

Muzium Adat Istiadat

Ia terletak di Dataran Keris Alor Gajah,Melaka.Hanya 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur & 40 minit dari Bandar Melaka.Fokus utama muzium ini merangkumi sejarah awal daerah Alor Gajah,termasuk gambar - gambar tokoh daerah & adat istiadat perkahwinan penekanan kepada melayu serantau.Bahan pameran termasuk pelamin,alat perhiasan diri,porselin & peralatan adat istiadat.Untuk maklumat lanjut sila klik disini

MUZIUMADATISTIADAT   104717195