Makluman penting kepada:

1. Penerima vaksin primer Sinovac berumur 18 tahun ke atas.

2. Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin.

Bermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk dua golongan di atas akan bertukar ke "Tidak Lengkap Vaksinasi" di aplikasi MySejahtera sekiranya tiada Dos Penggalak.

Penukaran status ini tidak melibatkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan menerima dos lengkap jenis vaksin yang lain (contoh: Pfizer, AstraZeneca, CanSino). 

 

Vaksin

Koronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti sindrom pernafasan akut teruk (Sars) .Tanda biasa jangkitan termasuk gejala pernafasan, demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas.Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan malahan membawa maut.

f5dfc29b a7c0 41e6 a88b b96a148d31d6

Kita semua mestilah bersedia untuk membudayakan kebiasaan baharu ,pastikan kita amalkan Norma Baru dalam kehidupan seharian kita.Walaupun PM telah memberikan kelonggaran untuk rentas negeri,pasti yang ramai ingin pulang ke kampung menziarahi ibu bapa atau sanak saudara. Kita perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan berinteraksi jarak 1 meter dan tidak bersentuhan .Kita belum menang.

Sumber dari FB Majlis Keselamatan Negara

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang

 

101799981 2492032014233023 5398682898046299299 o

 

EMrQhOlUwAETpBG

Pencegahan jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan suntikan vaksin secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta. Selain dari mendapatkan vaksin influenza, antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

  • 1. Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau pembersih tangan.
  • 2. Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung.
  • 3. Buang tisu atau penutup mulut dan hidung ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan.
  • 4. Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter.
  • 5. Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung.