EMrQhOlUwAETpBG

Pencegahan jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan suntikan vaksin secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta. Selain dari mendapatkan vaksin influenza, antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

  • 1. Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau pembersih tangan.
  • 2. Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung.
  • 3. Buang tisu atau penutup mulut dan hidung ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan.
  • 4. Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter.
  • 5. Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung.