kompleksfalakalkhawarizmi

 

Kompleks Falak(Balai Cerap) Al-Khawarizmi terletak di Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Alor Gajah Melaka. Kompleks yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka sejak tahun 2002 ini bertujuan mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Kompleks ini dibawah tanggungjawab Bahagian Falak, Jabatan Mufti Melaka. Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan.

Kompleks Falak Al-Khawarizmi di buka kepada umum bertujuan supaya masyarakat akan dapat mempelajari Ilmu Falak dengan lebih mendalam. Selain itu, adalah diharapkan agar ilmu yang hampir dilupakan oleh generasi hari ini dapat dimartabatkan semula sebagaimana zaman kegemilangannya dahulu.

 

galeribalaicerap

 

                     

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Galeri Balai Cerap

balaiceraprobotik

Balai Cerap Robotik

 

ruangpameranzonlangitmalam

Ruang Pameron: Zon Langit Malam 

 

HARI

MASA JUALAN

WAKTU REHAT

Isnin-Khamis & Sabtu

9.00am – 12.30pm

12.30pm – 1.30pm

1.30pm – 4.30pm

Jumaat

9.00am – 12.00pm

12.00pm – 2.30pm

2.30pm – 4.30pm

 
 
 

JADUAL TAYANGAN

HARI

WAKTU

JENIS

Isnin - Sabtu    

10:00am

3D

11:00am

Planetarium

12:00pm

3D

2:00pm

Planetarium

3:00pm

3D

4:00pm

Planetarium

JUMAAT : TIADA TAYANGAN JAM 12:00pm & 2:00PM 

**Video yang ditayangkan adalah seperti berikut:

Black Holes

Dark Star Adventure

Hubble Vision

Sky Quest

Astronaut

SOS Planet

Oasis in Space

 KADAR BAYARAN 

KADAR

MINIMUM PENGUNJUNG 

MAKSIMUM PENGUNJUNG 

DEWASA

KANAK-KANAK

Masuk Sahaja

   

RM 1.00

RM 1.00

Planetarium

10 ORANG

90 ORANG

RM 2.00

RM 1.00

3D

10 ORANG

81 ORANG

RM 3.00

RM 2.00

 Bilik Maya

   

RM 3.00

RM 3.00

Cerapan Langit Malam

20 ORANG

80 ORANG

RM 3.00

RM 3.00

 Cerapan Hilal

20 ORANG

40 ORANG

RM 2.00

RM 2.00

 Cerapan Matahari

20 ORANG

80 ORANG

RM 2.00

RM 2.00

Kuiz 'Treasure Hunt' Falak 

   

RM 1.00

RM 1.00

 

(Sumber : http://www.khawarizmiobs.com/ )

 

Berikut merupakan peta lokasi ke Komplek Falak Al-Khawarizmi: 

peta

Tempat - tempat menarik 

 

- A'Famosa Resort Melaka

- Kolam Air Panas Cerana Puteh

- Masjid Dato Dol Said

- Muzium Adat Istiadat

 

A'Famosa Resort Melaka

Dinamakan sempena Kota A'Famosa yang terletak di bandar Hilir Melaka,Ia terletak di jalan Kemus,Simpang Empat Alor Gajah,Melaka iaitu  satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur & 45 minit dari Bandar Melaka.Disitu terdapat Water Theme Park,Safari Wonderland, Golf & Resort  dan tarikan terbaru iaitu  A'Famosa Freeport Oulet yang telah dibuka pada 28 November 2015.Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik disini

        1332906020569                 1383291811212  

        safari                freeport

 

Kolam Air Panas Cerana Puteh

Terletak di Kampung Cerana Puteh,Taboh Naning.Hanya 1 Jam perjalanan dari Kuala Lumpur iaitu keluar dari Tol Plus Simpang Ampat.Kawasan rekreasi tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang akan dinikmati oleh semua pengunjung antaranya Chalet,Kolam air panas berendam,restoran & Tempat persalinan.Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik disini

11896114 788301931297283 2428342176766402365 n   11205019 923305597689605 4596853300376154023 n

 

Masjid Dato' Dol Said

Masjid ini dibina pada tahun 1954 dan siap pada 1955 dengan perbelanjaan dari derma orang ramai. Masjid ini dibina untuk menggantikan masjid asal yang berasaskan (papan) yang dibina pada awal abad ke-20. Tapak asal masjid ini berhampiran dengan makam Allahyarham Dato’ Dol Said iaitu Dato’ Naning ke 9. Tapak masjid sekarang adalah tapak masjid yang diasaskan oleh Allahyarham Datuk Arshad iaitu Datuk Naning ke 15.Beliau bagaimanapun tidak dapat meneruskan pembinaan masjid itu oleh beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Memandangkan kesesuaian dan keperluan sesebuah tempat ibadat,Allahyarham Datuk Mohd Shah,Datuk Naning ke 18 (sebagai pengerusi) bersama-sama AJK-AJK lain mengasaskan pembinaan masjid ini dengan jayanya pada tahun 1954.Kos pembinaan adalah dibiayai sendiri oleh ahli khariah, penyumbang-penyumbang luar khariah, dalam dan luar negara seperti Singapura,Indonesia,Brunei dan Thailand.

4643257031 006e98963a o   DolSaid

"Sumber Masjid Dato' Dol Said dari http://melakaheritagedestination.blogspot.my/

 

Muzium Adat Istiadat

Ia terletak di Dataran Keris Alor Gajah,Melaka.Hanya 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur & 40 minit dari Bandar Melaka.Fokus utama muzium ini merangkumi sejarah awal daerah Alor Gajah,termasuk gambar - gambar tokoh daerah & adat istiadat perkahwinan penekanan kepada melayu serantau.Bahan pameran termasuk pelamin,alat perhiasan diri,porselin & peralatan adat istiadat.Untuk maklumat lanjut sila klik disini

MUZIUMADATISTIADAT   104717195