LATAR BELAKANG 

Alief Haikal adalah pelajar tingkatan 1 di SMK Naning.Beliau merupakan ahli di Pusat Internet dan tiggal berdekatan dengan Taman Sri Naning

SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Pada awal penglibatan keahlian,adik Haikal menggunakan komputer & internet untuk bermain permainan atas talian.

SELEPAS PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Selepas menjadi ahli PI Kemus dan menghadiri kelas serta bengkel ICT yang disediakan,Haikal kini mempunyai kemahiran asas menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word dan Powerpoint. Selain itu, adik Haikal kini juga telah mempunyai emel.

LATAR BELAKANG 

Muhd Hafizul adalah pelajar tingkatan 3 di SMK Naning, Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka. Hafizul sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Kemus selepas selesai sesi persekolahannya. Pada hujung minggu pula beliau akan mengikuti program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Kemus.

SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Pada awal penglibatan keahlian,Hafizul hanya menggunakan komputer & internet untuk bermain permainan atas talian.Beliau tidak mahir dalam penggunaan Komputer. Malahan Beliau sering meminta bantuan dari rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan sekolah.

SELEPAS PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Selepas menjadi ahli PI Kemus dan menghadiri kelas serta bengkel ICT yang disediakan, Hafizul kini mepunyai kemahiran asas menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word dan Powerpoint serta membuka akaun emel sendiri.

LATAR BELAKANG 

Alief Haikal adalah pelajar tahun 6 di SK Simpang Empat. Beliau bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Alief sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Kemus selepas selesai sesi persekolahan. 

SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Alief hanya menggunakan komputer & internet untuk bermain permainan atas talian.Beliau tidak mahir dalam penggunaan Komputer. Malahan Beliau sering meminta bantuan dari rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan sekolah.

SELEPAS PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Selepas menjadi ahli PI Kemus dan menghadiri kelas serta bengkel ICT yang disediakan, Alief Haikal kini mepunyai kemahiran asas menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word dan Powerpoint. Selain itu, adik Alief juga telah mempunyai emel.

 

1

Latar Belakang

En.Sulaimi Akmal merupakan seorang usahawan yang menjual ternakan dan makanan sejuk beku di Simpang Empat.Beliau seorang lulusan Diploma Penyediaan Makanan dan Penyajian dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN).Beliau selalu menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Kg Kemus untuk mendapatkan capaian internet yang baik. Disamping itu beliau sering mengikuti kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Kg Kemus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya berbekalkan pengetahuan ICT asas yang sedia ada, En Sulaimi Akmal membuat promosi produk beliau melalui pengiklanan & penjualan secara langsung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mahir dalam penggunaan internet,En Sulaimi Akmal giat mengembangkan pernigaan beliau dengan menggunakan media sosial seperti aplikasi whatsapp untuk mengiklankan produk kepada masyarakat setempat.

 

 

Latar Belakang

En. Hamizan merupakan seorang guru di Madrasah Al-Qurra, Taboh Naning.Beliau juga membuat perniagaan sambilan sebagai agen dropship rangkaian wangian NK Exclusive secara atas talian. Beliau selalu menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet untuk mendapatkan capaian internet yang baik. Disamping itu En Hamizan juga selalu meminta bantuan dan idea dari petugas untuk mengembangkan perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT asas yang sedia ada, En Hamizan membuat promosi produk beliau melalui hebahan mulut dan didalam group What App yang sedia ada. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain mengemaskini akaun media sosial sedia ada, En Hamizan telah diperkenalkan kepada MyShop oleh petugas PI . Beliau akan mengemaskini produk terbaru beliau melalui Platform My Shop.Dengan adanya MyShop, usahawan dapat melebarkan lagi platform jualan di dalam aplikasi tersebut malah setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Kg Kemus, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Kg Kemus.

Antara Produk Yang dijual oleh En Hamizan seperti Di bawah

1