LATAR BELAKANG 

Muhd Hafizul adalah pelajar tingkatan 3 di SMK Naning, Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka. Hafizul sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Kemus selepas selesai sesi persekolahannya. Pada hujung minggu pula beliau akan mengikuti program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Kemus.

SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Pada awal penglibatan keahlian,Hafizul hanya menggunakan komputer & internet untuk bermain permainan atas talian.Beliau tidak mahir dalam penggunaan Komputer. Malahan Beliau sering meminta bantuan dari rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan sekolah.

SELEPAS PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Selepas menjadi ahli PI Kemus dan menghadiri kelas serta bengkel ICT yang disediakan, Hafizul kini mepunyai kemahiran asas menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word dan Powerpoint serta membuka akaun emel sendiri.