IMG 20171210 WA0001

 

Alhamdulillah baru baru ini di bawah anjuran Surau As Sobirin,Masjid Al Hidayah Simpang Empat bersama JKKK Simpang Empat dan JPP Taman Sri Naning ,JPP ZON 1 Taman Jati dan Pusat Internet Malaysia Kg Kemus Telah Berjaya Mengadakan Ceramah Agama Sempena Sambutan "Maulidur Rasul" yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Syamsul Debat dengan Tajuk "Rasulullah Idolaku". Terima Kasih Kepada semua komunit yang bertungkus lumus bergotong royong memasak untuk menjamu tetamu yang hadir. Program seperti ini perlu diadakan lagi bagi mengeratkan silaturahim antara komuniti dan pemimpin setempat. Disini dilampirkan antara gambar yang sempat dikongsikan bersama sebelum program dijalankan.

 

 

Pada 11 Jun 2016 yang lalu dengan kerjasama JKKK Felda Hutan percha telah mengadakan satu aktiviti bersama komuniti bagi bersama-sama merasai kemanisan di bulan ramadhan. Majlis telah di rasmikan oleh YB Datuk Seri Hj Abdul Gahafar Bin Atan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Pelbagai aktiviti dilaksakan sejak pagi lagi seperti Masak Secara bergotong royong, Kuanter Bayaran Zakat Turut dibuka serta penyampain batuan HARI RAYA kepada golongan ASNAF.PI Kg Kemus tidak ketinggalan menyertai program yang dilaksanakan bersama-sama meraikan golongan ASNAF.

 

Kembara Kibar Jalur Gemilang

Kembara sempena “Kempen Kibar Jalur Gemilang” Peringkat Daerah Alor Gajah 2016. Program Bermula dengan  acara di garisan permulaan bermula dari Lokasi ADTEC Taboh Naning. Seramai 300 Orang telah menyertai Konvoi Kibar Jalur Gemilang ini.

Agensi dan peserta yang terlibat

1. Jabatan Penerangan Negeri Melaka

2. Pelajar ADTEC Taboh Naning

3. AJK JKKK Kg Simpang Empat

4. AJK JKKK Kg. Gadek

5. Pelajar Imtiaz

6. Pelajar IKBTN Masjid Tanah

7. Pelajar KUIM

8. Pelajar UiTM Lendu

Konvoi “Kempen Kibar Jalur Gemilang” berlepas dari garisan permulaan di ADTEC Taboh Naning Pada 20 Ogos 2016 (sabtu) pukul 9.30 pagi yang mana ia dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka,yang mana ia diiringi Oleh Penghulu Kampung DUN Taboh Naning.Perjalanan Konvoi tiba di Balairaya Kampung Gadek Jam 10.15 pagi. Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Pemimpin Masyarakat DUN Gadek. Seterusnya check point ke-3 tiba di AG Sentral kira-kira jam 10.30 pagi diiringi nyanyian lagu-lagu patriotik serta kibaran jalur gemilang dan penyerahan jalur gemilang kepada penduduk sekitar Alor Gajah. Perjalanan diteruskan lagi ke check point ke -4 iaitu UITM Lendu. Check point ke-5 pula di SM Imtiyaz, Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Pemimpin DUN Ayer Limau.Perjalanan diteruskan lagi ke check point yang ke-6 iaitu IKBTN Masjid Tanah kira-kira jam 11.30pg peserta konvoi disambut dengan lambaian komuniti Masjid Tanah.Terdengar laungan merdeka dari Wakil Rakyat Masjid Tanah. Program meneruskan perjalanan ke check point yang terakhir iaitu di KUIM. Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Pemimpin DUN Kuala Linggi. Majlis Perasmian Penutup dirasmikan oleh YB Datuk Ar. Hj Ismail Bin Hj Othman EXCO Perumahan,Kerajaan tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka. Krew-krew dari Melaka FM turut hadir bersama-sama membuat liputan sepanjang program dijalankan.

RINGKASAN PERJALANAN KONVOI KIBAR JALUR GEMILANG

 

IMG-20160821-WA0007

Perasmian Konvoi Kempen Kibar Jalur gemilang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka bertempat di garisan permulaan di ADTEC Taboh Naning

 

IMG-20160821-WA0012

Bacaan doa bersama-sama pelajar ADTEC Taboh Naning bersama -sama peserta yang menigikuti program Kempen Kibar Jalur Gemilang

bagi memberkati perjalanan program dengan jayanya

 

IMG-20160821-WA0018

Check Point - 2 tiba di Balairaya Kg Gadek,Alor gajah.Penyerahan Jalur Gemilang kepada pemimpin DUN GADEK

 

IMG-20160821-WA0024

Check point ke- 3 tiba di AG Sentral, Alor Gajah ,Nanyian lagu- lagu patriotik bersama - sama mengibarkan jalur gemilang

 

IMG-20160821-WA0040

Check point ke- 4 peserta berada di UITM LENDU

 

IMG-20160821-WA0034

Perjalanan seterusnya di check point yang ke- 5 iaitu di SM Imtiyaz Masjid Tanah.Bersemangat pelajar pelajar Imtiyaz ketika menyanyikan lagu-lagu patriotik

 

IMG-20160821-WA0038

Rombongan konvoi kini berada di check point yang ke - 6 iaitu di Pusat Pengajian IKBTN Masjid Tanah,Alor Gajah

 

IMG-20160821-WA0010

Peserta kini sampai ke destinasi yang terakhir di check point yang ke- 7 iaitu di KUIM, Kuala Sg Baharu.

rombongan disambut oleh pelajar KUIM yang berada di kiri kanan jalanraya bagi menyaksikan konvoi bermotor .

 

IMG-20160821-WA0033

Perasmian penutup Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Alor Gajah dirasmikan oleh 

YB Datuk Ar. Hj Ismail Bin Hj Othman EXCO Perumahan,Kerajaan tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka

Baru -baru ini PI KG KEMUS ada mengikuti program Pesta ponggal yang di anjurkan oleh Tabika Perpaduan Taman Sri Naning dengan Kerjasama KRT Taman Sri Naning.Program telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat DUN Taboh Naning , YB Latipah Binti Omar .Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Program, di antaranya Pertandingan Memasak Manisan , Pertandingan Mewarna poster Serta Pertandingan Mebuat Kolum. Selain daripada itu kami juga turut memberi sedikit taklimat berkaitan perkhidmatan dan taklimat dashboard . Kami juga telah mebuat Kuiz Klik Dengan Bijak dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir pada hari tersebut.Berikut butiran Program

TEMPAT : Balai Raya Taman Sri Naning

MASA     : 9.00pg - 1.00tgh hari

TARIKH  : 05/02/2017

IMG20170205091148

Persediaan Tempat

 

IMG20170205093212

Pertandingan Mewarna kategori kanak-kanak tabika

 

IMG20170205093525

Pertandingan memasak manisan kategori ibu bapa kanak-kanak tabika

 

IMG20170205094457

Pertandingan menghias dan membuat kolum 

 

IMG20170205095219

Taklimat Dashboard dan kuiz KDB oleh PI Kg Kemus

 

IMG20170205102929

Sesi Penyampaian hadiah Oleh YB Latipah Binti Omar

 

IMG20170205103542

Sesi  Jamuan Makan Tengah Hari VIP

 

En. Bisri Bin Muhnif            (Ketua UMNO Caw. Kemus)

En. Bisri Bin Muhnif             (Pengerusi JKKK Simpang Empat)

En Ali Bin Hussain             ( Pengerusi JPP Taman Sri Naning

En. Adnan Bin Md Noor       (Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kemus)

Pn Jamilah Binti Abdul      ( Ketua WANITA Cawangan Kemus)

Pn Nurasmiza Binti Bisri    (Ketua PUTERI Cawangan Kemus)