IMG 20171210 WA0001

 

Alhamdulillah baru baru ini di bawah anjuran Surau As Sobirin,Masjid Al Hidayah Simpang Empat bersama JKKK Simpang Empat dan JPP Taman Sri Naning ,JPP ZON 1 Taman Jati dan Pusat Internet Malaysia Kg Kemus Telah Berjaya Mengadakan Ceramah Agama Sempena Sambutan "Maulidur Rasul" yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Syamsul Debat dengan Tajuk "Rasulullah Idolaku". Terima Kasih Kepada semua komunit yang bertungkus lumus bergotong royong memasak untuk menjamu tetamu yang hadir. Program seperti ini perlu diadakan lagi bagi mengeratkan silaturahim antara komuniti dan pemimpin setempat. Disini dilampirkan antara gambar yang sempat dikongsikan bersama sebelum program dijalankan.