img 8575

Assalammualaikum,

Kali ini admin ingin berkongsi kepada anda tentang Tip Keselamatan Banjir,memandangkan taburan hujan yang banyak dan musim tengkujuh hampir tiba.Pelbagai aspek yang perlu di ambil kira sebelum,semasa dan selepas banjir berlaku di sekitar kawasan anda di antaranyan ialah :

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.

• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.

• Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.

• Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.

• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.

• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.

• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.

• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.

• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN

• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

• Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.

• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

SEMASA BANJIR  – DI DALAM KENDERAAN

• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

• Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat

SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH

• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.

• Bersedia dengan peralatan kecemasan.

• Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH

• Pergi ke tempat tinggi dan selamat.

• Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.

• Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.

• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.

• Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.

• Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR

• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.

• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).

• Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.

• Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN

• Pakai kasut.

• Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.

• Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.

• Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA

• Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

• Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.

• Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.

• Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).

• Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.

• Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.

• Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Perkhidmatan Keselamatan merupakan antara kemudahan asas yang penting di dalam sesebuah komuniti. Hal ini bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan penduduk dan kawasan sekitar. Berikut antara agensi keselamatan yang terdapat di kawasan PI1M Kg. Kemus:

 

1. Balai Polis Simpang Empat

balai polis

Alamat:   Balai Polis Simpang Ampat      

                 Polis Diraja Malaysia

                 78000 Simpang Ampat Melaka 

No. Tel:   06-5529240                  

Emel:       kpb_spgampat[at]rmp[dot]gov[dot]my

 

 

2. Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah

balai bomba

Alamat:      Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah,

                   Jalan Kelemak, 78000 Melaka    

No. Tel :    06 - 556 2444

No. Faks : 06 - 556 3896 / 556 6500

 

3. Jabatan Pertahanan Awam Alor Gajah

 20151218 085835

 

 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah: Lt.M (PA) Mohammad Fairul Asikin Bin Kadir

 

Alamat:       Pejabat Daerah Pertahanan Awam Alor Gajah,
                     2057-3 Jalan Hospital,
                     78000 Alor Gajah, Melaka.

Tel  :            06-5561994
Fax :            06-5561998

Email:       Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.