Kembara Kibar Jalur Gemilang

Kembara sempena “Kempen Kibar Jalur Gemilang” Peringkat Daerah Alor Gajah 2016. Program Bermula dengan  acara di garisan permulaan bermula dari Lokasi ADTEC Taboh Naning. Seramai 300 Orang telah menyertai Konvoi Kibar Jalur Gemilang ini.

Agensi dan peserta yang terlibat

1. Jabatan Penerangan Negeri Melaka

2. Pelajar ADTEC Taboh Naning

3. AJK JKKK Kg Simpang Empat

4. AJK JKKK Kg. Gadek

5. Pelajar Imtiaz

6. Pelajar IKBTN Masjid Tanah

7. Pelajar KUIM

8. Pelajar UiTM Lendu

Konvoi “Kempen Kibar Jalur Gemilang” berlepas dari garisan permulaan di ADTEC Taboh Naning Pada 20 Ogos 2016 (sabtu) pukul 9.30 pagi yang mana ia dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka,yang mana ia diiringi Oleh Penghulu Kampung DUN Taboh Naning.Perjalanan Konvoi tiba di Balairaya Kampung Gadek Jam 10.15 pagi. Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Pemimpin Masyarakat DUN Gadek. Seterusnya check point ke-3 tiba di AG Sentral kira-kira jam 10.30 pagi diiringi nyanyian lagu-lagu patriotik serta kibaran jalur gemilang dan penyerahan jalur gemilang kepada penduduk sekitar Alor Gajah. Perjalanan diteruskan lagi ke check point ke -4 iaitu UITM Lendu. Check point ke-5 pula di SM Imtiyaz, Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Pemimpin DUN Ayer Limau.Perjalanan diteruskan lagi ke check point yang ke-6 iaitu IKBTN Masjid Tanah kira-kira jam 11.30pg peserta konvoi disambut dengan lambaian komuniti Masjid Tanah.Terdengar laungan merdeka dari Wakil Rakyat Masjid Tanah. Program meneruskan perjalanan ke check point yang terakhir iaitu di KUIM. Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Pemimpin DUN Kuala Linggi. Majlis Perasmian Penutup dirasmikan oleh YB Datuk Ar. Hj Ismail Bin Hj Othman EXCO Perumahan,Kerajaan tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka. Krew-krew dari Melaka FM turut hadir bersama-sama membuat liputan sepanjang program dijalankan.

RINGKASAN PERJALANAN KONVOI KIBAR JALUR GEMILANG

 

IMG-20160821-WA0007

Perasmian Konvoi Kempen Kibar Jalur gemilang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka bertempat di garisan permulaan di ADTEC Taboh Naning

 

IMG-20160821-WA0012

Bacaan doa bersama-sama pelajar ADTEC Taboh Naning bersama -sama peserta yang menigikuti program Kempen Kibar Jalur Gemilang

bagi memberkati perjalanan program dengan jayanya

 

IMG-20160821-WA0018

Check Point - 2 tiba di Balairaya Kg Gadek,Alor gajah.Penyerahan Jalur Gemilang kepada pemimpin DUN GADEK

 

IMG-20160821-WA0024

Check point ke- 3 tiba di AG Sentral, Alor Gajah ,Nanyian lagu- lagu patriotik bersama - sama mengibarkan jalur gemilang

 

IMG-20160821-WA0040

Check point ke- 4 peserta berada di UITM LENDU

 

IMG-20160821-WA0034

Perjalanan seterusnya di check point yang ke- 5 iaitu di SM Imtiyaz Masjid Tanah.Bersemangat pelajar pelajar Imtiyaz ketika menyanyikan lagu-lagu patriotik

 

IMG-20160821-WA0038

Rombongan konvoi kini berada di check point yang ke - 6 iaitu di Pusat Pengajian IKBTN Masjid Tanah,Alor Gajah

 

IMG-20160821-WA0010

Peserta kini sampai ke destinasi yang terakhir di check point yang ke- 7 iaitu di KUIM, Kuala Sg Baharu.

rombongan disambut oleh pelajar KUIM yang berada di kiri kanan jalanraya bagi menyaksikan konvoi bermotor .

 

IMG-20160821-WA0033

Perasmian penutup Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Alor Gajah dirasmikan oleh 

YB Datuk Ar. Hj Ismail Bin Hj Othman EXCO Perumahan,Kerajaan tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka