Latar Belakang

Puan Junaidah Osman merupakan seorang  surirumah yang menjadi agent dropship bagi beberapa barangan keperluan wanita seperti telekung,tudung,selendan, dan pakaian wanita untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau juga mencari pendapatan sampingan dengan menjual jeruk dan makanan segera. Untuk makluman, beliau menjalankan perniagaan ini di rumah beliau sendiri  dan pembeli boleh datang terus ke rumah beliau atau pun boleh menempah terlebih dahulu barangan tersebut secara atas talian/whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT asas yang sedia ada, Puan Junaidah membuat promosi produk beliau melalui hebahan mulut dan didalam media sosial yang sedia ada. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain mengemaskini akaun media sosial sedia ada, Pn Junaidah telah diperkenalkan kepada MyShop oleh petugas PI . Beliau akan mengemaskini produk terbaru beliau melalui Platform My Shop.Dengan adanya MyShop, usahawan dapat meperluaskan lagi promosi jualan di dalam aplikasi tersebut malah setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Kg Kemus, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Kg Kemus.