Latar Belakang

En.Sulaimi Akmal merupakan seorang usahawan yang menjual ternakan dan makanan sejuk beku di Simpang Empat.Beliau seorang lulusan Diploma Penyediaan Makanan dan Penyajian dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN).Beliau selalu menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Kg Kemus untuk mendapatkan capaian internet yang baik. Disamping itu beliau sering mengikuti kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Kg Kemus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya berbekalkan pengetahuan ICT asas yang sedia ada, En Sulaimi Akmal membuat promosi produk beliau melalui pengiklanan & penjualan secara langsung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mahir dalam penggunaan internet,En Sulaimi Akmal giat mengembangkan pernigaan beliau dengan menggunakan media sosial seperti aplikasi whatsapp untuk mengiklankan produk kepada masyarakat setempat.