Latar Belakang

En. Hamizan merupakan seorang guru di Madrasah Al-Qurra, Taboh Naning.Beliau juga membuat perniagaan sambilan sebagai agen dropship rangkaian wangian NK Exclusive secara atas talian. Beliau selalu menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet untuk mendapatkan capaian internet yang baik. Disamping itu En Hamizan juga selalu meminta bantuan dan idea dari petugas untuk mengembangkan perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT asas yang sedia ada, En Hamizan membuat promosi produk beliau melalui hebahan mulut dan didalam group What App yang sedia ada. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain mengemaskini akaun media sosial sedia ada, En Hamizan telah diperkenalkan kepada MyShop oleh petugas PI . Beliau akan mengemaskini produk terbaru beliau melalui Platform My Shop.Dengan adanya MyShop, usahawan dapat melebarkan lagi platform jualan di dalam aplikasi tersebut malah setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Kg Kemus, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Kg Kemus.

Antara Produk Yang dijual oleh En Hamizan seperti Di bawah

1