LATAR BELAKANG 

Alief Haikal adalah pelajar tahun 6 di SK Simpang Empat. Beliau bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Alief sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Kemus selepas selesai sesi persekolahan. 

SEBELUM PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Alief hanya menggunakan komputer & internet untuk bermain permainan atas talian.Beliau tidak mahir dalam penggunaan Komputer. Malahan Beliau sering meminta bantuan dari rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan sekolah.

SELEPAS PENGLIBATAN/ PENGGUNAAN ICT

Selepas menjadi ahli PI Kemus dan menghadiri kelas serta bengkel ICT yang disediakan, Alief Haikal kini mepunyai kemahiran asas menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word dan Powerpoint. Selain itu, adik Alief juga telah mempunyai emel.

 

1