Latar Belakang

Pn. Mahani merupakan usahawan IKS AZAM bagi produk kuih bahulu, kerepek dan pelbagai lagi jenis produk yang dihasilkan oleh beliau.Pn Mahani sebelum ini hanya  mempromosikan produknya secara jualan langsung tetapi apabila dia mempelajari sedikit demi sedikit tentnang pengiklanan dan cara pemasaran di atas talian,beliau memanfaatkan kewujudan media sosial sebagai platform pengiklanan supaya dapat meningkatkan jualan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT asas yang sedia ada, Pn Mahani membuat promosi produk beliau melalui hebahan mulut dan didalam group What App yang sedia ada. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Para petugas PI1M sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar tentang penggunaan media sosial untuk mengiklankan produk disamping 

memberikan latihan ICT percuma kepada ahli.Sedikit sebanyak produk Pn.Mahani kini menjadi bualan di kalangan komuniti setempat .Selain itu juga produk beliau kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan melalui tempahan seraca online.