Kisah Kejayaan Celik IT bagi suku pertama tahun 2017, mari ikuti kisah adik Kelvin.

 

Adik Kelvin merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Kini dalam darjah 6 di SRJKC Sann Yuh, Simpang Empat.

Sebelum penglibatan PI1M, adik Kelvin tidak tahu menggunakan komputer langsung.

Namun begitu selepas menjadi ahli PI1M Kemus dan menghadiri kelas serta bengkel ICT yang disediakan, adik Kelvin kini mepunyai kemahiran asas menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word dan Powerpoint. Selain itu, adik Kelvin juga telah mempunyai emel serta membuka akaun Facebook. Berikut merupakan respon adik Kelvin tentang Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) khususnya PI1M Kg. Kemus:

 

Apa yang dipelajari melalui PI1M ?

-       Menggunakan teknologi dan internet untuk menambah pengetahuan.

-       Mempelajari cara penggunaan perisian computer seperti Microsoft Word dan Powerpoint bagi membantu dalam proses pembelajaran.

 

Bagaimana PI1M membantu peningkatan tahap kemahiran ICT ?

-       PI1M memberi latihan asas penggunaan perisian computer kepada ahli-ahlinya yang berdaftar.

-       Selain itu petugas PI1M juga mengawal penggunaan oleh pengguna bagi mengelakkan pengguna melayari laman-laman web tidak berfaedah dan dilarang. Ini melatih saya menjadi pengguna internet yang berhemah.

 

 

PI1M memberi kemudahan capaian internet yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti setempat khususnya para pelajar untuk menjadi generasi celik IT. Selain itu kelas-kelas yang disediakan secara percuma juga sangat membantu saya menguasai penggunaan komputer serta menjadi pengguna media sosial yang berhemah. 

 

 ss

 Adik Kelvin (hadapan,tengah) bergambar selepas menghadiri Latihan Asas Intel pada Mei 2015.

 

ss2

Adik Kelvin melakukan carian Google untuk menyelesaikan kerja sekolahnya.

 

ss3

Adik Kelvin bersama adik bongsunya mengikuti kelas Microsoft Powerpoint di Pi1M Kg. Kemus.