images 1

 

1.      KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT

Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.

2.      KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL

Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amalah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif.

3.      AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG

Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman (cth. Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah dijalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.

4.      KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL

Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa. Minumlah Anlene Heart-Plus setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan diet seimbang anda. Anlene dirumus khas dengan kebaikan susu dan nutrien-nutrien penting untuk membantu menjaga kesihatan jantung anda.

5.      PENGURUSAN STRES

Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres.

 
 
hfmd poster
 
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat .Kesedaran dan keprihatinan ibu bapa perlu seera membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.  

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

 

 

Kali ini admin nak berkongsi kepada anda tentang pemakanan yang sihat.Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.

Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda yang gemar makan tapi ingin menjalani kehidupan yang sihat.

  1. Jangan tidak makan karbohidrat

Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.

  1. Rancang apa yang hendak dimakan

Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.

  1. Makan tengahari semahu anda

Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin

  1. Makan makanan berwarna pelangi

Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.

  1. Berhenti sebelum kenyang

Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.

  1. Tetapkan pola waktu makan yang seragam

Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak

  1. Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan

Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.

  1. Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan

Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

  1. Menguyah makanan secara perlahan-lahan

Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.

  1. Tidur secukupnya

Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.

fb kkm avante 

7 panduan makan sihat di hari raya

-Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil

-Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan dan makanan yang kurang berminyak

-Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit

-Hadkan pengambilan makanan yang manis & berlemak seperti dodol

-Pilih buah-buahan sebagai snek atau pencuci mulut

-Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek

-Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis

5 panduan meraikan tetamu secara sihat di hari raya

-Sediakan makanan dalam saiz hidangan yang kecil

-Sediakan air kosong pada setiap waktu makan

-Asingkan gula apabila hidangkan teh atau kopi

-Hidangkan pelbagai jenis sayur bersama hidangan utama

-Hidangkan buah-buahan sebagai pencuci mulut setiap waktu makan

 

 

PANDUAN PEMAKANAN SEMASA HARI RAYA BONDAMIZA

Jadual Derma Darah Bulan Januari 2018,Jom sama-sama kita membantu .

 

BankBlood