Jadual kempen derma darah minggu ini 21hb- 27hb Ogos 2017. 

 
 
20953434 10155791434219674 6535155807799010317 n

Pusat Internet 1Malaysia Kg Kemus ingin berkongsi TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.

  • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
  • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
  • Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
  • Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.

 

KKM

PROGRAM PENCEGAHAN DEMAM DENGGI

Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan kes denggi di sekitar Kawasan Taman Sri Naning,ini berikutan cuaca dan suhu yang lembab menyebabkan takungan air di sekitar kawasan yang boleh menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes. Susulan peningkatan kes demam denggi di sekitar Kawasan Alor Gajah,Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi kesihatan bersama-sama melancarkan program membasmi pembiakan Nyamuk Aedes.

                Objektif program untuk memupuk sifat keprihatinan serta komitmen yang tinggi di kalangan penduduk setempat tentang pencengahan awal pembiakan nyamuk Aedes.Selain itu,membantu mewujudkan persekitaran yang bersih,selamat,kondusif serta bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.Aktiviti ini dijalankan bersama Agensi Kesihatan Daerah Alor Gajah,MPAG dan Southern West Management  yang mana ia turut menyediakan perkhidmatan semburan kabus “fogging”.

Selain itu ,pendedahan awal tentang cara pengawalan dan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes di rumah juga diberi oleh Jabatan Kesihatan Daerah Alor Gajah.Ia bagi membantu penduduk setempat mendapat pengetahuan tentang “Bagaimana Nyamuk Aedes Membiak” dan “Cara-cara mencengah Pembiakan Nyamuk Aedes”.

                Selepas itu , Pembahagian dan taklimat awal diberi sebelum gotong-royong dimulakan.Semua penduduk memberi kerjasama yang baik sewaktu program dijalankan.

 

 2

Gambar 1 :Perhimpunan awal bersama penduduk dan agensi-agensi.

 

22

Gambar 2 : Taklimat tentang program serta pembahagian tugas

 

222

Gambar 3 : Penduduk dan agensi berkerjasama dalam membersihkan persekitaran Taman Seri Naning.

 

2222

Gambar 4 : Penyemburan asap “fogging” oleh Jabatan Kesihatan Daerah Alor Gajah

 

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Deman denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk Aedes.  Penyakit ini sangat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan maut.  Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk mencegah demam denggi.
   Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.  Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik yang menjadi tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan.  Pasu bunga, bekas air dan sebarang bekas yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau ditukar airnya dengan kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes.
    Selain itu, kita hendaklah melindungi diri daripada gigitan nyamuk.  Nyamuk biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang.  Oleh itu, pakailah pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu itu.  Selain itu, kita boleh menyapukan krim penghindar nyamuk pada bahagian tubuh yang terdedah.
    Di samping itu, kita boleh memasang jaring nyamuk pada tingkap rumah.  Jaring ini dapat menghalang nyamuk daripada memasuki rumah.  Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran nyamuk untuk mengelak daripada digigit nyamuk pada waktu malam.
    Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa.  Kita boleh menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah.  Di luar rumah pula, minta pihak berkuasa mengadakan semburan kabus untuk membunuh nyamuk.
    Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja.  Semua anggota masyarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.

TANDA-TANDA AWAL DEMAM DENGGI

 Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

 

 

Zika-Virus-alodokter

Apa Itu Zika?

Pengertian Virus Zika. Infeksivirus Zikaterjadi melalui perantara gigitan nyamuk Aedes, terutama spesies Aedes aegypti. Penyakit yang disebabkannya dinamakan sebagaiZika, penyakitZika(Zikadisease) ataupun demamZika(Zikafever). Gigitan nyamuk pada ibu mengandung  boleh menyebabkan bayi lahir cacat dan kelainan ukuran kepala bayi.

Virus Zika dan bahayanya pada Wanita Hamil

Infeksi virus Zika pada ibu hamil kini menjadi perhatian khusus. Hal ini disebabkan kerana pertemuan peningkatkan  kelainan bawaan berupa mikrosefali pada bayi yang lahir dari ibu yang terinfeksi virus zika sewaktu tempoh hamil.

Mikrosefali adalah kelainan bawaan di mana bayi akan lahir dengan ukuran kepala yang lebih kecil. Hal ini disebabkan oleh kelainan perkembangan otak sejak di dalam kandungan akibat virus zika. Sebelum virus zika, penyebab mikrosefali pada umumnya adalah down syndrome, paparan obat, alkohol, dan infeksi rubella (campak jerman) selama kehamilan.

Tanda gejala orang terkena virus zika (ia berlarutan hingga 1-2 minggu)

  1. Demam yang berlarutan
  2. Timbul bitnik-bintik ruam
  3. Lenguh sendi
  4. Mata merah (Konjungtivitis)
  5. Pening kepala

Langkah-langkah Pencegahan Virus Zika

Mencegah gigitan nyamuk adalah salah satu tindakan pencegahan awal yang boleh membantu anda terhindar dari infeksi virus Zika. Beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan antaranya ialah :

Cara Merawat

  • Memastikan tempat yang anda tinggal memiliki tirai pintu dan jendela yang dapat mencegah nyamuk masuk ke dalam ruangan rumah.
  • Gunakan kelambu pada tempat tidur anda.
  • Gunakan seluar dan baju berlengan panjang
  • Gunakan bahan penghapus serangga yang terdaftar pada badan perlindungan lingkungan atau environmental protection agency (EPA).
  • Bayi yang berusia di bawah dua bulan tidak digalakkan untuk penggunaan bahan penghapus serangga ini .Anda harus memastikan agar pakaian bayi dapat melindunginya dari gigitan nyamuk.
  • Memastikan persekitaran tiada tempat takungan air yang membantu pembiakan nyamuk
  • Lakukan tes virus Zika sekembalinya anda, khususnya perempuan hamil, dari daerah penyebaran virus Zika.

 

 

zikavirus

Salah satu kemudahan asas yang penting bagi sesebuah kawasan kediaman adalah premis kesihatan. Premis-premis ini memainkan peranan penting dalam memastikan penduduk mendapat servis kesihatan yang baik bagi menjamin kesihatan komuniti berada pada tahap optima. Antara premis kesihatan yang terdapat di sekitar kawasan PI1M Kg. Kemus adalah:

     HOSPITAL ALOR GAJAH

   

Alamat

:

Hospital Alor Gajah, Jalan Paya Datuk, Alor Gajah 78000 Melaka

 

Telefon

:

06-5562333

Fax

:

06-5565354

Email

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Website URL

:

https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/9/9c/Alor_Gajah_Hospital.png/220px-Alor_Gajah_Hospital.png" >http://hag.moh.gov.my

   
             

 

 

Alor Gajah Hospital

 

 

 

 

KLINIK KESIHATAN SIMPANG EMPAT

Alamat

:

Klinik Kesihatan Simpang Ampat  

Simpang Ampat Alor Gajah, 06299, Malaysia

Telefon

:

06-5529497