Pasar tani merujuk kepada pasar yang khusus menjual barang-barang hasil pertanian seperti sayur-sayuran,ayam, dan daging segar.

Pasar tani berkonsepkan jualan langsung, di mana petani atau penternak berpeluang menjual barangan mereka secara langsung kepada orang ramai tanpa melalui orang tengah / pemborong. Dengan itu pada kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding harga di pasar biasa.

Pasar tani biasanya diadakan secara mingguan, dan pada kebiasaannya pada hujung minggu pada waktu pagi.

(Sumber dari: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_tani)

 

Pasar Tani yang diadakan setiap hari Jumaat bermula pada pukul 4 petang sehingga 9 malam bertempat di Bandar Baru Simpang Empat telah bermula kira-kira 5 bulan yang lalu. Bagi anda yang tidak mengetahui lokasinya, Bandar Baru Simpang Empat terletak berhadapan Petronas dan bersebelahan Petron Spg Empat, sebelum bulatan ke tol Simpang Empat(PLUS).

Pasar tani ini merupakan medium pemasaran yang baik bagi para usahawan industri kecil dan sederhana(IKS), memasarkan produk-produk mereka terus kepada pengguna akhir tanpa melalui orang tengah. Oleh yang demikian, marilah kita beramai-ramai menyokong para usahawan IKS ini dengan berkunjung dan membeli produk-produk mereka.

 

 PasrMlmSpg4