Apa Itu Belia?

Di Malaysia, 'Belia' merujuk kepada golongan berumur 16 - 40 tahun. Manakala 'Remaja' pula ialah golongan berumur lingkungan 11 - 19 tahun. Jadi boleh kita golongkan remaja sebagai golongan awal belia. Pada peringkat umur remaja inilah berlakunya perubahan psikologi, biologi dan kemungkinan juga fisiologi. Satu tahap yang tidak stabil, namun jika diberi bimbingan dan galakan yang sepatutnya, akan melahirkan golongan belia yang berketrampilan, berpengetahuan dan mungkin juga berbakat kepimpinan. 

Takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dengan alasan-alasan berikut:

1. Ia adalah takrif Majlis Belia Malaysia 1985.
2. Ia dianggap golongan yang sudah mencapai taraf matang yang memuaskan dan dapat menerima manfaat maksimum daripada rancangan-rancangan yang disusun.
3. Ia adalah sebahagian besar daripada jumlah rakyat negara ini. Apa-apa usaha bagi membina masyarakat, meninggal- kan kesan secara menyeluruh.

Kementerian Belia dan Sukan dalam “Draf Kajian Semula Dasar Belia Negara” mentakrifkan belia sebagai “mereka yang berumur antara 15 hingga 25 tahun.” Alasannya, ia selaras dengan takrif yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diguna pakai oleh banyak negara.

(sumber dari http://www.ukhwah.com/ukhwah)

 

Di ruangan ini, kami akan mencari dan menyiarkan berita-berita pergerakan kumpulan-kumpulan belia setempat dan kisah-kisah kejayaan belia yang diharap mampu memberi inspirasi kepada golongan belia setempat.