Pada hari Ahad, 3 Januari 2016, Jabatan Kesihatan Alor Gajah dengan kerjasama Persatuan Belia Kg. Kemus, Jawatankuasa Persatuan Penduduk(JPP) Taman Seri Naning, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Southern West Management (SWM) telah bergotong-royong membersihkan kawasan Taman Seri Naning. Seramai 30 orang telah hadir memberi komitmen. Antara aktiviti yang telah dilakukan termasuklah memotong rumput, membersihkan longkang yang dipenuhi sampah, merapikan pokok-pokok bunga dan mengutip sampah sarap di sekitar kawasan terbabit. Aktiviti ini bertujuan melestarikan kawasan sekaligus mencegah pembiakan nyamuk Aedes yang boleh membawa virus denggi yang membahayakan nyawa pendududk setempat terutamanya kanak-kanak dan warga emas.