APA itu e-SISA?
e-Sisa mudah alih merujuk secara khusus bagi semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit biasa,telefon pintar,tablet,phablet termassuk pengecas dan aksesorinya.

Tahukah anda?
Peranti mudah alih tidak terbiodegradassikan ( bio-terurai) dan mengandungi komponen berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda dan mencemarkan persekitaran.

Bagaimana anda mengitar semula telefon anda?
Kunjungi PI Kg.Kemus dan massukkan kedalam kotak pengumpulan di kuanter @ petugas kami. Tebus cenderahati anda.

TEMPAT : Pusat Internet Malaysia KG.KEMUS
MASA     : 9.00pg - 6.00ptg

 

e-waste

 

KEMPEN “KLIK DENGAN BIJAK” DAN DASHBOARD KOMUNITI

 

PENYERTAAN

Pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4 seramai 150 orang.

 

TARIKH DAN MASA PROGRAM

Tarikh  :           23 November 2016

Hari     :           Rabu

Masa   :           8.30 pagi – 2.00 petang

 

LOKASI

Pusat Sumber SMK Munshi Abdullah.

 

TENTATIF PROGRAM

9.00 pagi         : Pendaftaran Program / Pembahagian Kumpulan

9.30 pagi         : Pengenalan PI dan Taklimat KDB / e-Waste / Dashboard Komuniti

10.15 pagi       : Rehat (pelajar)

10.45 pagi       : Pembahagian kumpulan dan penerangan pertandingan

11.00 pagi       : Pertandingan dalam kumpulan dan pertandingan antara kumpulan

1.00tengahari  : Penyampaian Cenderahati / Bersurai

 

 

PENGENALAN

Klik dengan Bijak” (KDB) yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab. Ia merupakan satu Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh SKMM. Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Kempen ini juga telah dipelbagaikan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti :-

  1. Mobilee-Waste
  • Pelupusan dan kitar semula secara mesra alam bagi peranti yang tamat jangka hayatnya. Selain itu, kesedaran terhadap kesan buruk kepada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah serta pendidikan tentang cara mengitar semula dan membaikpulih peranti mudah alih anda.
  1. Aplikasi dashboard
  • Aplikasi dibina sesuai untuk komuniti yang terlibat dengan PI dalam usaha merapatkan lagi PI dengan komuniti.
  1. 3.Modul Pembelajaran
  • Pihak PI menyediakan semua modul pembelajaran untuk diberikan kepada semua peserta program yang masih bersekolah. Harapan dari pihak PI, modul ini akan digunakan oleh peserta sebagai panduan dan mengaplikasikan KDB dalam kehidupan seharian dan menjadi rujukan pada masa akan datang

Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk sempena Bulan Ramadan 1437H/2016M dibawah kelolaan Surau As-Sobirin Taman Seri Naning

Tarikh : 16 Jun 2016 (khamis)

Masa : 3.00 petang

Lokasi: Surau As-Sobirin Taman Seri Naning

Sempena Bulan Ramadan, JPP dengan kerjasama Surau As-Sobirin Taman Seri Naning telah menganjurkan Program Bubur Lambuk sepanjang bulan  Ramadan.Program ini dapat membantu mengimarahkan lagi aktiviti penduduk setempat bersama pihak surau sempena bulan Ramadhan 1437H/2016M.Selain itu Juga memberi peluang kepada orang ramai bagi menikmati bubur lambuk sewaktu berbuka puasa.

Aktiviti dijalankan bersama Penduduk setempat,secara bergotong royong dalam menyediaan bahan-bahan bubur lambuk Penduduk berkumpul di surau bermula jam 3.00ptg bagi meyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk. Mulai jam 4.30ptg bubur sudah mula di agihkan kepada penduduk setempat.

Program agihan bubur lambuk percuma di biayai dari sumbagan ikhlas dari penduduk setempat.Ia program kebajikan yang dijalankan oleh organisasi Surau As-Sobirin Taman Seri Naning sepanjang bulan Ramadan ini.

Penghargaan diucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk.

 

20160609 154704

         proses memasak bubur lambuk sedang giat dijalankan

 

gotong-royong-masak-bubur-lambuk

penduduk setempat bergotong-royong dalam prose memasak bubur lambuk

 

Untitled

proses membungkus bubur lambuk sebelum diedarkan kepada orang ramai

 

20160609 161803

bubur lambuk sudah sedia untuk diedarkan

Untitled

 

Makluman Kepada penduduk di sekitar Kg. Simpang Empat. Pada 08 Oktober 2016 PI1M dengan kerjasama JKKK Kg Simpang Empat akan mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Alor Gajah. Semua Penduduk sekitar di Jemput Hadir.Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan.

APLIKASI RAMADHAN CHECKLIST

Assalamualaikum w.b.t kepada seluruh muslimin dan muslimat.Kami dari PI kg Kemus mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi tahun 2016 bersamaan 1437H

Sejajar dengan ibadah puasa yang menjadi tuntutan utama bagi seluruh umat islam kami telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bagi komuniti setempat.

Terkini ,Team Islamic Content telah mengeluarkan satu produk untuk digunakan semasa menjalani ibadah ramadhan. Aplikasi ini dinamakan Ramadhan Checklist.

Aplikasi RAMADHAN CHECKLIST dibangunkan dengan tujuan untuk membantu umat Islam khususnya, untuk memudahkan perjalanan aktiviti ibadah pada bulan Ramadhan. Melalui aplikasi ini, anda akan dapat merekod aktiviti ibadah disamping memantau dan mengingatkan diri sendiri tentang kewajipan ibadah yang perlu dan akan dilakukan setiap hari.

Bagi yang ini menggunakan aplikasi kami sila ke https://play.google.com/store/apps/details?id=com.msd.checklistramadhan

 

checkList