Makanan menarik

Pulut Panggang Simpang Ampat

Terdapat pelbagai pilihan makanan yang menarik di sekitar PI1M Kg. Kemus,antaranya adalah Pulut Panggang Simpang Ampat yang memang sudah dikenali ramai.Memulakan perniagaan sejak dari tahun 1997 hingga hari ini,terdapat juga kuih - muih lain yang di jual selain pulut panggang serta dijual sekali dengan air tebu segar untuk melegakan tekak.Di miliki oleh dua adik beradik Nor Edry Saad & Nur Elery Saad,perniagaan mereka terletak di seberang jalan Masjid Simpang Ampat,Alor Gajah,Melaka.untuk maklumat lanjut boleh klik disini

image   P6122115

 

Ayam Percik Simpang Ampat

Terletak bersebelahan dengan Masjid Simpang Ampat,Alor Gajah,Melaka.Masa perniagaan bermula 2.00 ptg - 6.00 ptg,selain ayam percik terdapat juga dijual bebola bakar,nasi lemak & minuman.Pelanggan boleh menjamu selera disitu atau bungkus untuk dibawa balik.

ayampercik   ayampercik2

 

Cendol Bakar Kuala Selangor

Sudah diketahui,ramai yang mengenali keenakan Cendol Bakar Kuala Selangor.buat masa sekarang Cendol Bakar Kuala Selangor telah dibuka cawangannya di Jalan Kemus Simpang Ampat,Alor Gajah,Melaka.Berdekatan dengan A'famosa Resort & hanya 30 minit perjalanan dari Bandar Melaka mengikut Lebuhraya Plus susur keluar Tol Simpang Ampat.Terdapat pelbagai menu cendol yang disediakan,untuk maklumat lebih lanjut boleh kilk disini

DSC01034   DSC01047