Tujuan

        • Program ini bertujuan membantu pekerja menangani stress di tempat kerja. Disamping itu memberi suntingan semangat baharu untuk menjadi pekerja yang terbaik. Justeru itu dapat melahirkan pekerja yang aktif dan boleh berkomunikasi serta berinteraksi dengan pengguna.
        • Aktiviti
                  • Peserta diberikan taklimat melalui slide yang dipaparkan dalam google meet. Selain itu, sesi selingan aktiviti dan tips yang diberi untuk mengawal stress yang berlaku. Peserta turut diberikan kuiz dan berinteraksi dengan coach tentang masalah yang dihadapi.
                  • Klik disini untuk melihat gambar 

Tujuan

        • Program ini bertujuan untuk membantu peserta lancar melafazkan ayat alquran dengan bacaan tajwid yang betul. Selain dari itu mengisi masa lapang sepanjang bulan ramadhan dengan aktiviti yang bermanfaat. Membantu peserta mahir berinteraksin secara atas talian.
        • Aktiviti
                  • Peserta diberikan 2 juzuk setiap orang, setiap hari peserta perlu menghabiskan 5 muka surat. Tenaga pengajar membantu peserta membetulkan bacaan dan tajwid semasa membaca. Aktiviti ini dijalankan sepanjang bulan ramadan. 

                    Klik disini untuk melihat gambar 

Tujuan

        • Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PEDi dan fungsi PEDi. Selain dari itu Ia dapat memberi pekhidmatan pendaftaran PADU kepada komuniti luar bandar. Selain itu memberi kesedaran tentang penjagaan Alam sekitar dengan melupuskan barangan elektrik dengan berkhemah melalui Kempen KITAR.
        • Aktiviti
                  • Petugas memberi penerangan dan pengenalan mengenai PEDi dan perkhidmatan yangediakan di PEDi. Petugas memberi hebahan & kesedaran tentang KITAR. Selain itu petugas juga membantu komuniti mendaftar PADU di telefon pintar masing-masing.
                • Klik disini untuk melihat gambar

Tujuan

        • Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PEDi dan fungsi PEDi. Selain itu program seperti ini dapat memperkasa usahawan belia & wanita di sekitar NADi Kg. Kemus dengan pengetahuan  dari tahap asas sehingga tahap mahir berkenaan Pemasaran Atas Talian: Shopee.
        • Aktiviti
                  • Petugas memberi penerangan dan pengenalan mengenai PEDi dan perkhidmatan yang disediakan di PEDi. Bengkel Shopee disertai oleh 32 orang peserta. Tenaga pengajar mengajar 3 topik iaitu, basic , intermediate dan advance berkaitan shopee. Ushawan NADi menjalankan jualan sepanjang program. Peserta diberikan kopun untuk membeli di gerai-gerai usahawan. KEMAS juga menjalankan aktiviti kraftangan dan peserta diberikan peluang untuk menghasilkan  kraftangan tersebut. Peserta diberikan cenderahari dari NADi

                • Sila Tekan Untuk Melihat Gambar

Tujuan

        • Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PEDi dan fungsi PEDi. Selain dari itu Ia dapat memberi pendedahan tentang asas keusahawanan.Peserta/usahawan dapat membuka peluang mengembangkan perniagaan secara atas talian disamping mempelajari aplikasi baru .
          • Mempelajari Kelas Asas & intermediated Shopee

           

        • Aktiviti
                  • Petugas memberi penerangan dan pengenalan mengenai PEDi dan perkhidmatan yangediakan di PEDi. Petugas mengajar cara membuka akaun di shopee.Peserta mencipta profil pernigaan di dalam talian,selepas itu peserta mengisi detail produk masing-masing.Peserta belajar cara memasarkan produk di shopee.
                • Klik Disini Untuk Melihat Gambar