Tarikh |
09 Febuari 2019 |
Masa |
09.00 Pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
Dewan Terbuka Taman Sri Naning |
Peserta |
40 orang peserta |
Tujuan
-
- Mempromosikan Perkhidmatan PI Kg Kemus disamping dapat mempelajari cara penggunaan internet dengan betul (KDB).Peraturan,disiplin serta etika ketika melayari Internet.
Aktiviti
- Program dijalankan dengan Kerjasama Persatuan Penduduk Taman Sri Naning serta pelajar GIAT MARA .Ia bertujuan membantu pelajar sekolah dan golongan belia lebih beretika ketika melayari internet.Selain itu membentuk generasi yang tahu mengunakan internet dengan bijak dan betul.Petugas memberi sedikit taklimat sebelum kuiz bertulis dijalankan. Semua peserta yang berjaya menjawab dengan betul di berikan hadiah dr Pusat Internet Kg Kemus.
Tarikh |
1-28 Febuari 2019 |
Masa |
09.00 Pagi - 04.00 petang |
Lokasi |
PI Kg Kemus |
Peserta |
15 orang peserta |
Tujuan
-
- Mempromosikan Perkhidmatan PI Kg Kemus serta membantu komuniti setempat membuat permohonan serta mengemaskini BSH secara atas talian.
Aktiviti
- Membuat hebahan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Sri Naning serta iklan di laman sosial (FB dan Instagram). Selain itu program seperti ini dapat membantu komuniti membuat permohonan serta mengemaskini BSH secara atas talian disamping memberi perkhidmatan “Wifi Komuniti”.Justeru itu program seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara komuniti dan petugas PI Kg.Kemus.
Tarikh |
11 Januari 2019 |
Masa |
10.00 Pagi - 12.00 tgh hari |
Lokasi |
PI Kg Kemus |
Peserta |
21 orang peserta |
Tujuan
-
-
Menjalankan aktiviti pembelajaran awal bertemakan "Back To School".Selain itu memberi pengenalan awal kanak-kanak kepada komputer dan persekitaran Pusat Internet Kg Kemus.Disamping itu,dapat mempelbagaikan lagi perkhidmatan yang di tawarkan di Pusat Internet Kg Kemus.
-
Aktiviti
- Program dijalankan dengan kerjasama Tabika Perpaduan Taman Sri Naning, memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu bagi sesi 2019 tentang adab serta persekitaran di Sekolah/Tabika. Selain itu program ini juga membantu pelajar mengenal lebih dekat rakan-rakan sebaya dan tenaga pengajar disamping itu juga petugas dapat memberi sedikit pengenalan asas tentang komputer.
Tarikh |
30 Januari 2019 |
Masa |
08.00 Pagi - 01.00 tgh hari |
Lokasi |
PI Kg Kemus |
Peserta |
109 orang peserta |
Tujuan
-
- Mempromosikan Perkhidmatan PI Kg Kemus serta memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat.Selain itu,mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
- Program dijalankan dengan Kerjasama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Simpang empat dan Persatuan Penduduk Taman Sri Naning. Dimana Program ini mendidik komuniti mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping itu menjalani pemeriksaan kesihatan susulan di klinik yang berdekatan. Program seperti ini membantu komuniti mendapat kesedaran awal.Seterusnya PI Kg Kemus dapat mengetengahkan Penggunaan Dashboard (Myhealth) dalam mempromosikan pemeriksaan kesihatanb seperti tekanan darah dan bacaan gula dalam darah dengan lebih berkesan.Justeru itu kita akan dapat membentuk generasi yang bijak dan menjaga kesihatan disamping merapatkan silaturahim antara petugas , pemimpin dan komuniti setempat.
Tarikh |
23 Disember 2018 |
Masa |
9.00 Pagi - 12.00 tgh hari |
Lokasi |
Balairaya Kg Kemus |
Peserta |
30 orang peserta |
Tujuan
-
- Menjalankan aktiviti membersihkan kawasan Taman & Dewan Terbuka Taman Sri Naning.Disamping itu dapat mengeratkan silaturahim antara kaum serta hubungan dengan para pemimpin tempatan.
Aktiviti
- Program dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Sri Naning ( En. Ali Bin Hussin ).Komuniti berkumpul di Balairaya Taman Sri Naning untuk mendengar taklimat awal program. Pembahagian tugas dan kumpulan untuk memulakan gotong- royong.Program seperti ini mampu memberi kesedaran sivil dan mewujudkan sifat berkerjasama dalam membersihkan kawasan sekitar. Disamping itu dengan aktiviti seperti ini dapat membanteras pengularan nyamuk Aedes disamping dapat mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat.