1. Tujuan

    Mendekatkan pengguna dan komuniti dengan aktiviti di Pusat Internet Kg Kemus disamping mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan.Selain itu program seperti ini dapat memperkenalkan PI Kg.Kemus sebagai tempat rujukan komuniti sihat.

    Aktiviti

    Program JOM SIHAT ini menjurus untuk mempromosikan PI KG Kemus sebagai Pusat Rujukan Komuniti SIhat dimana komunti boleh membuat pemeriksaan kesihatan (tekanan darah,bacaan gula dalam darah,berat dan tinggi). Sekiranya komuniti mempunyai masalah kesihatan boleh rujuk dgn klinik atau hospital berdekatan dengan membawa surat yang dicetak dari Pusat Internet sebagai rujukan pemeriksaan kesihatan selanjutnya. Selain itu Program ini juga memberi kesedaran kepada komuniti untuk mengamalkan gaya hidup sihat disamping merapatkan hubungan silaturahim antara petugas PI dengan komuniti setempat melalui aktiviti yang dijalankan.

    Gambar Disini

Tujuan

Mendekatkan pengguna dan komuniti dengan aktiviti di Pusat Internet Kg kemus disamping mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan.

 

Aktiviti

Pertandingan dijalankan secara dalam talian,peserta di beri taklimat awal tentang  cara-cara untuk menjawab soalan melalui aplikasi permainan "Proproff Online kuiz". Selain itu  juga peserta perlu membaca beberapa artikel yang berkaitan dengan soalan yang akan diberikan supaya peserta dapat menjawab dan memahami soalan yang akan diberi.Kursus ini membantu memperkenalkan permainan yang berfaedah di internet disamping menambah ilmu tentang Gaya Hidup Sihat serta mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Gambar Disini

Tujuan

Menyemarakkan semangat cintakan Negara Malaysia dikalangan komuniti melalui aktiviti IT di Pusat Internet Kg Kemus

Aktiviti

Pertandingan dijalankan secara dalam talian,syarat-syarat penyertaan disediakan.Peserta yang ingin menyertai dan ingin memenangi pertandingan mestilah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.Syarat utama gambar mestilah bertemakan patriotik,peserta mestilah ikut FB dan IG Pusat Internet Kg Kemus.Seterusnya tag rakan-rakan ANDA serta #SayangiMalaysiaku .Gambar yang mendapat like yang terbanyak serta mengikut semua syarat akan dikira sebagai pemenang .Melalui pendedahan media sosial seperti ini dapat mempelbagaikan dan mempromosikan lagi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Kg Kemus.

Gambar Disini

Tujuan

Mendekatkan pengguna dan komuniti dengan aktiviti di Pusat Internet Kg kemus.

Aktiviti

Pertandingan dijalankan secara dalam talian,peserta di beri taklimat awal tentang  cara-cara untuk menjawab soalan melalui aplikasi permainan "Kahoot". Selain itu  juga peserta perlu mengkaji terlebih dahulu Laman dashboard untuk mengetahui maklumat yang mungkin akan memberi input untuk menjawab soalan yang diberikan.Kursus ini membantu memperkenalkan permainan yang berfaedah di internet disamping menambah ilmu tentang Aplikasi Dashboard yang dibangunkan di Pusat Internet Kg Kemus bagi kegunaan komuniti.

GambarDisini

Tujuan

Proses Pembelajaran awal mengenal pekerjaan bersama kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Sri Naning.

Aktiviti

Mereka diberikan sedikit penerangan terlebih dahulu oleh petugas tentang topik yang akan dipelajari, disamping itu petugas memberi sedikit penerangan berkaitan perkakasan komputer yang digunakan sewaktu proses pembelajaran.Penerangan dibuat secara terus di ruang utama Pusat Internet ,para peserta diminta duduk di ruang yang disediakan. Penerangan cuma mengambil masa 10 minit. Melalui pendedahan media sosial aktiviti seperti ini dapat memberi pengenalan awal kanak -kanak kepada komputer,selain itu juga petugas dapat mempelbagaikan dan mempromosikan lagi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Kg Kemus.

Gambar Disini 
.